Sistem Aduan Kerosakan ICT STDC
Pengenalan

Setiap keperluan perkhidmatan atau masalah yang berkaitan dengan teknologi maklumat harus diterima, diurus dan direkod dengan baik. Ianya memerlukan sistem berpusat agar mudah diuruskan dikemudian hari.

Objektif
  • Menerima permohonan perkhidmatan atau aduan kerosakan oleh kakitangan STDC
  • Merekod setiap permohonan perkhidmatan atau aduan kerosakan.
  • Mengurus setiap permohonan atauĀ  aduan kerosakan yang diterima.
Bahan & Peralatan
  • Rekod kakitangan (mengikut bahagian, sektor, unit).
  • Templat Borang Aduan Kerosakan ICT STDC.
  • Google Forms.
  • Pemalam Google Forms.
    • Autocrat
    • Copy Down
    • Form Mule – Email Merge Utility
Proses Kerja

Isu & Cabaran
  • Tidak mahir menggunakan pemalam.
  • Tidak mahir menggunakan excel formula syntax
  • Tiada pengkalan data secara kendiri di STDC.
Penyelesaian
  • Mencari rujukan yang berkaitan dengan pemalam dan excel formula syntax yang akan digunakan. Memerlukan masa membuat kajian disebabkan tutorial yang diberikan tidak bersesuai dengan sistem yang dibina.
  • Gunakan pangkalan data berbentuk storan awan (cloud storage) yang disediakan oleh G Suite.
Kesimpulan

Sistem yang dibina dapat membantu pengurusan dengan lebih baik. Ianya merupakan sistem yang praktikal digunakan di STDC khususnya Sektor Teknologi Maklumat. Dengan kemahiran menggunakan Google Forms, sistem ini setanding dengan sistem yang mengunakan bahasa pengaturacaraan yang lebih tinggi.

Memetakan Pemacu (Mapping Drive)
Pengenalan

Membuat sandaran merupakan salah satu SOP wajib yang perlu dipatuhi oleh organisasi. Ini menjamin keberadaan data jika diperlukan khususnya jika berlaku musibah kepada data asal. Sebagai contoh data rosak (corrupt), hilang dan telah dimanipulasi oleh orang lain.

Objektif
  • Menetapkan ruang khas untuk membuat sandaran data.
  • Menyimpan sandaran data secara atas talian.
  • Mengurus sandaran data dengan lebih baik.
Bahan & Peralatan
  • KomputerĀ 
  • Rangkaian (akses internet secara dalaman)
Proses Kerja

Isu & Cabaran
  • Label pemacu yang bertindih.
  • Server / pangkalan data tidak dapat diakses.
Penyelesaian
  • Konfigurasi kembali pemetaan pemacu dengan label lain.
  • Membaikpulih rangkaian STDC.
Kesimpulan

Membina sandaran dapat meningkat keselamatan dan keberadaan sesuatu data yang disimpan. Data merupakan aset bagi sesebuah organisasi. Ianya mempunyai pelbagai informasi seperti rekod kewangan, rekod sumber manusia dan sebagainya.