Latihan industri ini merupakan salah satu syarat wajib pelajar politeknik sebelum layak di pertimbangkan untuk penganugerahan diploma. Setiap pelajar akan didedahkan dengan prospek realiti sebenar alam pekerjaan di mana mereka akan dapat meningkatkan pengetahuan praktikal dan menimba pengalaman semasa menjalani latihan industri ini.

Penglibatan pelajar juga dapat membina keyakinan diri dengan berinteraksi dengan pelbagai peringkat dalam masyarakat dan organisasi. Secara tidak langsung, pelajar dapat memantapkan kemahiran komunikasi dengan lebih berkesan dan lebih efektif. Pelajar juga dapat menunjukan bakat serta kebolehan mereka ketika belajar di politeknik.

Pelajar berpendapat bahawa organisasi ini sentiasa berusaha kearah mempertingkatkan kualiti serta kecekapan dalam pengurusannya. Di sini pelajar dapat menimba pelbagai pengalaman serta memupuk sikap berdisiplin, berintegriti dan semangat kerja berpasukan sepanjang menjalankan tugas.

Pelajar juga amat berterima kasih dengan bantuan dan tunjuk ajar Ketua Sektor Teknologi Maklumat yang bertindak sebagai penyelia latihan industri, dan juga kepada panel pemantau serta penilai akhir PSIS yang banyak memberi panduan dan nasihat dalam melancarkan proses latihan industri ini. Segala jasa baik mereka amat penting dalam perjalanan pendidikan pelajar seterusnya di dalam realiti dunia pekerjaan.

Diharapkan peranan yang dimainkan oleh pelajar ketika menjalankan tugas secara tidak langsung dapat membantu organisasi ini agar terus maju dan berdaya saing dimasa hadapan.